Thursday, October 23, 2014

Melancong ke Gold Coast - hari ke 4

Dah jadi kebiasaan..kat Gold Coast ni pukul 5 pagi terang biji mata..tapi tidur cukup....acara hari ni ialah ke Movie World dan SeaWorld......
on the way ke Movie World
Sebenarnya Movieworld ni sebelah jer ngan Paradise dan Wet n Wild tu...jadi layan gambor lah.
parking movieworld..nampak permainan semua ni..bebudak dah teruja..mak bapak dah phobia..aku?aku dok cari tket masuk

rombongan cik kiah ke gold coast..sial abaikan yg rambut blonde..dia tetiba enter frame

beratur nak tgok show 4d
Sebenarnya movieworld ni lebih kurang universal studio singapore jer cuma lebih luas dan lebih sejuk hahahaa..banyak permainannya ..malas nak cerita jadi layan gambor dan caption gambor okeyyy
ini acara stunt kenderaan..menarik gak la..pas tu awek pun ramai...macam2 jenis korea,jepun,cina,melayu hehehe  banyak..lama gak dkt sejam tapi amat terhibur

aku duduk agak dekat..jadi bunyi x sah cakap mendecit decit pas tu bau tayar hangit lagi

part show ni aku suka...siyes tinggi ngan akrobatik dia pun best

ini dok tgh tunggu naik indoor roller coaster

pasangan cikgu bani dan cikgu safiah..romantik gitu

kalau ikut citer orang cafe ni halal..tapi aku mmg cuak ngan halalan toyiban dia tu

ini kat tgh2 movieworld

ini kawasan permainan bebudak

pernah tgok citer dirty harry?clint eastwood tu..tapi aku pun x masuk hahaha ni yang nak kena  repeat lagi

ini kat old west site

kat sini la aku keciciran beg duit dan kunci kereta...tapi aku naik 2 kali rides ni

 terik tapi suhu sejuk

sebenarnya boleh berkelah dalam movieworld, bawa la masuk makanan semua..mat salleh ni siap pelawa aku makan

diselang seli acara jalanan dkt kawasan perkelahan tu

cikgu safiah ngan katty perry? wow..kat new york wooowww

batman..ooi batman..ooi batman..sombong ya..nanti aku hantor joker lak
Tragedi lagi...waktu nak keluar tu aku notis beg duit ngan kunci keter xdak...heheh aku ingat dalam beg adik aku..tanya adik siap kena sound lak hahaha..aku gi opis movieworld..bagitau la aku hilang semua tu..minah mat salleh yg lawa tu terus buka laci keluarkan laci tu kunci keter semua..adala dekat 50 kunci kut...tapi sbb aku punya keter sewa ada tag aku cakap kat aweks tu yg tu aku punya..dia kata ambik la..pas tu dia keluar lak laci penuh beg duit..ada la dekat 100 beg duit..tentulah aku cam begduit aku..pas tu dia kata ambik la...aku kata kena sign apa2 ka..dia kata x yah..and have a nice holiday...gitu ja....kalau aku ambik beg duit yg lain pun boleh..begitulah tahap integriti orang australia...best betul dan terkagum aku kat situ..citer kat adik aku pun dia macam x percaya..apapun mmg best movieworld...aku rank dia yg no2 best theme park selepas hongkong disneyland...kami kemudia lunch selepas tu singgah kat harbour town sekali lagi dan ke kemuidan ke Seaworld..
Seaworld ni sampai dalam pukul 2 petang gitu...layan gamborrr.........
masuk jer Seaworld dihadapkan pemandangan sebegini..ada penats semua..siap ada pertunjukkan sponge bob tapi kami terlepas la pertunjukkan tu

ini kat akuarium penguin...kalau bayar lebih boleh bagi makan kat penguin

penguin ni laju gar renangan dia

kat kawasan ni sejuk sbb penguin kan kena sejuk

cikgu: binatang apa hurup P, murid: penguin cikgu,cikgu: binatang apa hurup D, murid: dua penguin cikgu

anak penguin ni dok ikut cikgu bani saja hahaha...bawa balik satu cikgu bani

sebenarnya dari Seaworld leh ikut tour ke laut tgok paus ka, white shark semua tu..tapi bayor lain

rombongan cik kiah di seaworld

pertunjukkan dolphin

best....tapi ramai orang, sesapa dok kat bawah tu mmg basah la

penyu menangis sapa yang tahu

pari, jaws dan ikan siakap 

beruang kutub...mmg besaq gila beruang ni..cuaca walaupun sejuk tapi bagi beruang ni panas ..dia dok melingkar saja

ikan lumba2 ni suka dok ikut aku..sayangnya x leh bagi makan kat dia

exit..kami balik dekat jam 6 petang ..macam semalam di wet n wild ..kena halau baru balik...kat luar tu ada juai cenderamata seaworld dgn harga diskaun.....murah gak...semua beli kecuali ketua rombongan..ketua punya bajet terhad
Lepas tu kami balik Cascade Garden, sebab esok flight balik awal pagi pukul 7, jadi pukul 5 nak kena ada airport coolangatta, jadi kena balik berkemas...jadi sampai kat sini saja tour gold coast..kami serombongan sampai kat KL jam 2 ptg waktu Malaysia the next day.

Untuk mereka dan keluarga mereka yang berminat nak ke Gold Coast dengan itinery cam ni boleh hubungi kami di Geng Melancong Bajet...kos?  kos seorang kalau dengan makan semua all in (tiket,makan,penginapan,kereta,tiket theme parks ) dalam seorang RM1,800 mcm tu..kalau x mau makan kurang la lagi jumlahnya

TIPS:

  1. Masuk Australia perlukan visa, jgn berdondang sayang bila nak sampai airport baru nak buat, takut x sempat
  2. Perjalanannya ke Gold Coast ambik masa dlm 7 jam camtu, kalau duit lebih cari seat yang boleh berlunjur...cramp kaki, selain tu boring gak...jadi bawa lat hiburan atau sewa tabs dari Airasia, makan pun order gak ..7 jam tu  kelaparan
  3. Kalau boleh ambik flight malam bertolak dari Msia dan agar sampai pagi di Gold Coast dan balik malam dari Gold Coast boleh sampai pagi kt Msia..x rugi hari
  4. nak save ..sewa kereta sbb walaupun pengangkutan awam sangat efisen dan cekap tapi jarak antara Gold Coast ngan attraction tu jauh gak..lagi satu hentian pengangkjutan awam tu jauh dari pintu masuk attraction.
  5. Kalau sewa kereta, make sure tanya semua charge ..sesetengah ada caj tersembunyi...macam deposit dkt AUD500..hubungi kami untuk ini sbb kami dah jumpa sewa kereta tanpa caj tersembunyi
  6. Sewa apartment boleh kata berpatutan tapi kalau nak save lagi boleh sewa kat Coolangatta lagi murah
  7. Tiket attraction boleh dibeli secara online,lebih murah
  8. bila bawa makanan, kena declare, x declare imigresen buang, banyak pantang larang makanan di australia
  9. Buah nak murah boleh beli kat pasar tani
  10. last sekali enjoy your trip

No comments:

Post a Comment