Wednesday, October 22, 2014

Melancong ke Gold Coast - hari ke 2

Sebenarnya entry ni mmg tertangguh lama sejak bulan Mac lagi...sorry morry semua..apapun layanlah entry hari ke 2 mdi Gold Coast Australia
Acara kami pada hari ke 2 adalah nak ke Brisbane dan lepas tu ke Towomba...mengapa dan kenapa?...Brisbane sebab dah alang alang sampai kat Queensland ni belasah ajala..hehhe....Towomba pulak sbb ahli rombongan (Fidi & famili nak jumpa adik yg study kat universiti kat situ)...
Dari Cascade kami bergerak dan guna highway bertoll ke Brisbane..plan asal umat pompuan geng melancong ialah nak beli pinggan mangkuk yang dikatakan murah kat facorty outlet kat Brisbane tu...dikatakan murah sbb aku x tau murah ke dak...biasa la umat lelaki ni..mana ambik pot hal pinggan mangkuk... dna perjalanan ke Brisbane cuma dalam 1 jam cam tu saja
Highway kat sana lebih kecik dari PLUS dan xda toll booth tapi toll kena gak secara elektronik, Sebelum tu kami dah berwaspada akan speed trap semua jadi semua pun kontrol speed, bagaimanapun signboard dia tu cam ada cam xda, dan xda R&R cam kat Msia tercinta ni.. Bila dah separuh perjalanan dan tetiba dah  x ada signboard semua...cikgu bani bagi lampu..rupa2nya nak ke toilet....kami pun exit keluar satu tempat nama x ingat....dah cari petrol station untuk melepaskan hajat... kemudian kami meneruskan perjalanan ke Brisbane...layan gamborrrr dulu
Highway dia biasa saja..ada pagar, tapi nampak sempit dan xdak laluan motosikal

cam ni lah suasana highway ke Brisbane..pokok2 gitu aja

menghampiri bandar Brisbane
Kemudian satu tragedi berlaku....anggota geng melancung bajet terpisah....keter aku ngan keter cikgu bani terpisah ngan keter fidi..dan akibatnya fidi terus hilang dalam terang kat Brisbane.....sebab kami x beli sim kad australia..kami x leh berhubung dengan keter fidi, kami kemudiannya lepak kat satu taman botani di bandar Brisbane dan mesyuarat tergempar diadakan.....lama gak la mesyuarat tu...lama dok bersembang hahaha.akhirnya kata putus dibuat agar kami balik ke Gold Coast sbb kalau nak pi Towomba pun kami (waktu tu la) x berapa kenai ngan adik Fidi ni..jadi mesyuarat memutuskan balik ke Gold Coast.....tapi part ni satu gambor pun x ambik sbb sibuk bermesyuarat heheh..ada kut nanti aku cari.....jadi untuk entry blog ni.. xdok gambor lah..harap paham semua...
Tapi Brisbane siyes bersih dan cantik, dan berbeza ngan Gold Coast yang lebih rilek sbb Brisbane ni cam tempat bisnes2 gitu... dan taman botani dia tu mmg cantik dan bersih dan betul2 kat tengah pekan Brisbane. Umat manusia kat Brisbane mostly pakai office attire dan bussines like suit adanya..imej korporat sikit tapi mmg friendly dan lawa dan cantik  dan hansem semua hahahahah
Lagi satu yang aku suka sikap orang Australia ialah bab parking...dia ada parking lot free tapi hanya untuk 10 minit mcm tu dan lepas 10 minit kita kena ubah keter bagi peluang orang lain guna pulak...mmg berINTEGRITI sungguh...kalau kat Msia buat cam tu alamat berlumutlah keter parking kat situ...penguatkuasa pun x saman kalau parking area tu..satu lagi kalau masuk area parking berbayar dan kita cakap xda parking...parking attendant pun kata free...percaya cakap kita...sbb kat Brisbane ni kawasan yang parking berbayar xda resit..kita cuma bagitau berapa lama kita park dan dia kan charge ikut masa yang kita sebut..senang citer mmg tahap kepercayaan sangat tinggi di Australia. Harap2nya Malaysia rakyat malaysia dapat mencontohi sikap Australian ni....yang baik kita ikut yang x baik jangan di ikut...amin

Dalam perjalanan pulang kami singgah satu tempat shopping Harbour Town di Gold Coast....ini sbb umat pompuan geng melancong x leh shopping pinggan mangkuk jadi diawalkan program shopping untuk mereka.... Harbour town ni kat Perth ada dan kat Melbourne pun ada rasanya....dalam dia banyak factory outlet dan ada kedai juai barang masakan Asia kat situ...nak apa semua ada, belacan, ikan bilis,santan dll..macam kedai runcit pulak...tapi owner kedai ni cina australia... dan kat sini ada supermarket Coles...jadi bolehlah shopping semua...selain itu ada kedai sourvenier, factory outlet, kebab dan restoren makanan segera yang lain...jawabnya sedia duit la,, ada jumpa jam fossil yang murah kat sini..tapi sbb bajet ciput...lupakan saja..selain itu ada jumpa kedai adidas tengah buat sale..tapi sbb bajet ciput..lupakan saja..sedih ni sedih ni..apapun ahli geng yang lain shopping serupa gak....ketua geng jer telan ayaq liur hahahaha...ramai ahli geng beli souvenier kat sini....................ketua geng?ketua bantai perati aweks kat harbour town ni..habih tu bajet ciput hahahahaha... kat sini gak aku peratikan how strict kawalan mutu supermarket Coles dibuat....ada la pekerja Coles tu bawa kotak isi buah epal..sedang bawa tu tetiba tergolek SEBIJI buah epal jatuh ke lantai...pekerja tu bawa kotak masuk supermarket Coles tu dan kemudian patah balik ambik buah epal yang jatuh tadi terus buang dalam tong sampah..buah tu x rosak pun dan pada aku masih elok sbb dia bawa guna cam trolley...dan x kemik pun buah tu...aku pun cam heran tapi orang2 lain kat situ x heran..dan aku beranikan diri tanya pekerja tu....dia jawab" its not good mate" hmm maknanya walaupun buah tu masih elok tapi sbb dah jatuh terus dianggap x elok..aku kata bagi kat aku aku leh makan lagi...dia jawab "NO"...dia  x akan bagi sbb buah tu dianggap rosak...begitulah Australia menjaga kualiti hasil tanaman mereka...standard australia mmg tinggi...Kat sini gak x bergambor..entahlah lupa usung kamera agaknya...
kami sampai kat Cascade Garden dah petang sbb shopping lama kat Harbour Town... Fidi & famili x sampai lagi..kami kemudian decide lepas dinner nak gerak ke Surfers Paradise  malam nanti

ini apricot & almond cream cheese yg dibeli kat Coles...sedap cheese ni walaupun aku x suka cheese...cari2 kat Msia x jumpa lagi...kalau sapa2 jumpa mita tolong bagitau...
Lepas dinner semua tu kami gerak ke Surfers Paradise...waktu ni Fidi x balik2 lagi..dah risau dah...kena culik ka? hilang ka? sesat ka?.....tapi kami yakin Fidi leh sampai balik ke Cascade Garden ...sebenarnya kat Surfers Paradise nilah kehidupan malam kat Gold Coast....dan pasir pantainya mmg halus..terhalus setakat ni...dan malam pun ada warga australia yang mandi...jumpa dua budak pompuan dalam umur 8 tahun cam tu mandi laut...selamba saja..tapi ombak rindu kat sini mmg ganas...apapun waktu malam mmg hidup Surfers Paradise..tempat makan dia, ripleys, hard rock cafe, night club, disco semua ada.. yang x jumpa dangdut saja....tapi pompuan cam dangdut bersepah.........1 lagi kalau nak beli souvenier sini lah termurah......
anggota geng sedang berkumpul dihalaman apartment

burung camar kat Surfers Paradise


anggota geng di Surfers Paradise

sejuk...tu gambar cam ketar sikit..perasan burung camar tu ..angin mmg kuat dan burung tu terbang tapi macam x bergerak

cahaya malam surfers paradise

rumah guard baywatch..sebijik cam citer baywatch ..pamela anderson? ada..sungguh ada aku dah jumpa clone dia

bendera..ambil perhatian


ripleys believe or not?...believe believe


yang ni 7d cinema

hard rock cafe surfers paradise
Lama gak merayau kat Surfers Paradise.. sbb mmg best tempat ni...tapi kami dimaklumkan kalau lepas pukul 12...ramai pemabuk..jadi blah sebelum pukul 12.....lepas tu balik tidur...jangan mabuk lak..bersambung...........


/>

No comments:

Post a Comment