Saturday, February 14, 2015

Melancong ke Bangkok...Bangkok Dangerous hari ke 4

Hari ke 4 di Bangkok....flight ke Hadyai jam 4 ptg lebih kurang, jadi selepas breakfast segala macam trip seterusnya adalah ke ChaTuChak Market....
who want to touch the dog...atau who left the dog out.....anjing ni sambut kami check out pepagi....ni anjing ke2 kami jumpa pakai baju kat Bangkok

Himpunan segala beg..aku x masuk pasat chatuchak...aku nak feel cam omputih lepak kat taman dia sambil ushar orang ramai...atau orang ramai ushar aku hehehehe


beginilah suasana taman pasar chatuchak..untuk trip akan datang aku akujanji akan bawa geng teroka sepenuhnya pasar chtatuchak

kat taman ni ada orang, dan orang dan burung dan burung tapi angin dia sepoi sepoi bahasa siam gak la..sejuk mata memandang

Lama x lama dekat 2 jam gak kut ahli geng meneroka dalam pasar chatuchak...sbb aku dah berkali kali sampai aku cam x  excited hehehe..sbb aku tau darjah kepanasan dalam pasar tu suhu dalam 30 darjah tapi feel mcm 50 darjah celcius...jadi akibat dan iktibar..kena repeat Bangkok sekali lagi...hehehehe

Pas tu kami naik bas ke airport dan pendek cerita kami sampai hatyai jam 6 cam tu...kemudian diberitahu bahawa pengangkutan ke Msia habih....jadi kami tidoq semalam di Laddu Guesthouse dan esoknya kami ke Danok naik tuk2 dan sampai ke Bukit Kayu Hitam tgh hari....dari situ kami naik kereta anggota geng lain yg ready ambik kt borders..sudahnya kami sampai destinasi lebih kurang jam 4 petang...
Lain mcm speed nak habih entry blog kali ni sbb dok tengok entry lain x tulis lagi...

Sepatah kata, aku ingin memohon maaf banyak2 kepada anggota geng trip ni sbb banyak buat keputusan saat2 akhir, pada semua la...cikgu rashid, kak habsah, en jamil, azizi dll...maaf maaf maaf 
berapa banyak maaf daaa....nak repeat..boleh aja......hubungi kami di email melancongbajet@gmail.com atau 012-5439450... wasalam











No comments:

Post a Comment